2024-11-13 HaiPress

Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah,Datuk Rubiah Wang
KUALA LUMPUR,13 November- Tiada Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) yang dikategorikan MRSM Elit diwujudkan setakat ini.
Bagaimanapun Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah,Datuk Rubiah Wang berkata,ke arah mewujudkan pelajar cemerlang,Majlis Amanah Rakyat (MARA) memperkenalkan enam program mengikut standard sistem pendidikan negara.
Program itu ialahPremier,Cambridge International General Certificate of Secondary Education (IGCSE),International Baccalaureate (IB) Middle Years Programme (MYP),Ulul Albab,teknikal dan Bitara.
"Setakat ini,tiada MRSM Elit namun begitu pengurusan MARA kita telah memperkenalkan enam program MRSM,khusus asas mengikut standard pendidikan tetapi nilai tambah berdasarkan enam perkara tadi.
"Tujuan utama untuk memastikan sistem pendidikan yang kita ada dalam MRSM dalam keadaan terbaik dan menjurus kepada bidang bidang tertentu," katanya.
Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan diutarakan Ahli Parlimen Termeloh,Salamiah Mohd Nor.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur