2024-11-13 HaiPress

Ribut petir,hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku hingga petang ini / BERNAMA
KUALA LUMPUR,13 November- Ribut petir,hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku di hampir semua negeri di Semenanjung,Sabah dan Sarawak sehingga pukul 4 petang ini.
Amaran itu turut merangkumi dua Wilayah Persekutuan iaitu Kuala Lumpur dan Putrajaya.
Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia),di Kedah ribut petir,hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku di Kuala Muda,Sik,Baling,Kulim dan Bandar Baharu.
Kelantan pula membabitkan Bachok,Machang,Pasir Puteh dan Kuala Krai.
Selain membabitkan Besut,Setiu dan Hulu Terengganu di Terengganu.
Kenyataan MET Malaysia memaklumkan,di Pahang pula ia melibatkan Tanah Tinggi Cameron,Lipis,Raub,Bentong,Temerloh,Kuantan,Bera,Pekan dan Rompin.
Turut dijangka terkesan ribut petir,hujan lebat dan angin kencang,Negeri Sembilan,Melaka dan Johor.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur