2024-11-13 HaiPress

Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan,Datuk Arthur Joseph Kurup / Foto RTM
KUALA LUMPUR,13 November - Seramai 815 peserta Program Agropreneur Muda telah diluluskan untuk menerima geran sebanyak RM15 juta secara keseluruhan,manakala RM5 juta adalah untuk latihan dan kursus serta galakan pasaran.
Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan,Datuk Arthur Joseph Kurup berkata ini merangkumi sektor tanaman,industri asas tani,ternakan dan perikanan.
"Bermula Ogos 2024,had maksimum Geran Agropreneur Muda (GAM) Start-Up telah dinaikkan dari RM20,000 kepada RM30,000.
"Selain kategori baharu iaitu Geran Agropreneur Muda Scale-Up turut diperkenalkan dengan had nilai maksimum sebanyak RM50,000.
"Semakan semula had maksimum nilai geran ini dibuat kerana mengambil kira peningkatan kos pelaksanaan dan operasi projek," katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat.
Beliau menjawab pertanyaan yang dikemukakan Ahli Parlimen Tanjong Karang,Datuk Dr Zulkafperi Hanapi.
Kementerian juga telah menaikkan had umur iaitu dari 18 kepada 43 tahun bagi Geran Agropreneur Muda Start-Up.
Sementara 21 kepada 45 tahun bagi Geran Agropreneur Muda Scale-Up.
Permohonan geran ini dibuka sepanjang tahun bagi kumpulan sasar di seluruh Semenanjung,Sabah dan Sarawak.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur