2024-11-13 HaiPress

Menteri Komunikasi merangkap jurucakap Kerajaan Perpaduan,Fahmi Fadzil / Foto Bernama
PUTRAJAYA,13 November – Kerajaan hari ini merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Tun Daim Zainuddin yang meninggal dunia pada usia 86 tahun,pagi tadi.
"Saya bagi pihak kerajaan menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Tun Daim Zainuddin.
"Beliau telah banyak berkhidmat sebagai anggota jemaah menteri sebelum ini dan beliau sendiri sebagai peribadi kepada saya telah membantu dalam kempen waktu penggal pertama saya berkhidmat.
"Jadi kepada saya,beliau ada jasa dan juga kepada negara dan sudah pasti pemergian beliau dikenang dan kita doakan agar keluarga Allahyarham Tun Daim sentiasa bersabar dalam menghadapi ujian yang cukup besar ini," kata Menteri Komunikasi merangkap jurucakap Kerajaan Perpaduan,Fahmi Fadzil.
Beliau berkata demikian selepas menghadiri Majlis Jasamu Dikenang,Kementerian Komunikasi 2024,di sini.
Terdahulu,keluarga Allahyarham Tun Daim dalam kenyataan memaklumkan Daim meninggal dunia di Hospital Assunta,Petaling Jaya pada pukul 8.21 pagi.
Tun Daim Zainuddin memegang jawatan sebagai Menteri Kewangan dari tahun 1984 hingga 1991 dan sekali lagi pada tahun 1999 hingga 2001.
BERITA BERKAITAN:
Bekas Menteri Kewangan Tun Daim meninggal dunia
Tun Daim meninggal: Tun Mahathir hilang sahabat seperjuangan,sedih tidak terhingga
Southeast Asia Division Contest of China International College Students' Innovation Competition 2026
Pertandingan Inovasi Pelajar Kolej Antarabangsa China Bahagian Asia Tenggara 2026
Malaysia rakam ucapan takziah kepada keluarga Asha Bhosle
Sektor trak tunda rayu intervensi kerajaan tangani kos operasi
Kerjasama RTM, ORF perluas akses maklumat & teknologi
Keselamatan tenaga jadi keutamaan strategik negara
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur