2024-11-13 HaiPress

Timbalan Menteri Sumber Manusia,Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad / Foto Bernama
KUALA LUMPUR,13 November – Sesi rundingan akan diadakan bersama negara sumber untuk membincangkan struktur kos pengambilan pekerja asing ke Malaysia.
Timbalan Menteri Sumber Manusia,Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad berkata perkara itu akan diperincikan dengan pemegang taruh,termasuk agensi kerajaan,majikan,kesatuan sekerja dan agensi pekerjaan.
“Langkah ini sejajar dengan komitmen KESUMA di bawah Pelan Tindakan Kebangsaan Mengenai Buruh Paksa (NAPFL) 2021-2025 yang menerapkan konsep ketelusan dan kos sifar kepada pekerja dalam pengambilan pekerja asing,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat,di sini.
Beliau menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Tenom,Riduan Rubin,berhubung cadangan menetapkan harga siling bagi pengambilan pekerja asing.
Tambah Abdul Rahman,KESUMA turut akan melaksanakan pra pekerjaan bertujuan memberi pendedahan awal tentang jenis pekerjaan,selain kos yang bakal ditanggung semasa bekerja di Malaysia.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur