2024-11-13 HaiPress

Tengku Ampuan Pahang,Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Seni Kreatif /Foto ISTANA NEGARA
SHAH ALAM,13 November - Tengku Ampuan Pahang,Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Seni Kreatif.
Baginda menerimanya pada Istiadat Konvokesyen ke-100 Universiti Teknologi Mara (UiTM) di Dewan Agung Tuanku Canselor,kampus induk UiTM,di sini hari ini.
Anugerah itu disampaikan oleh Yang di-Pertuan Agong,Sultan Ibrahim sebagai Canselor UiTM yang ke tujuh.
Tengku Ampuan Pahang dianugerahkan dan diikhtiraf sebagai ikon dalam bidang seni,khususnya dalam usaha
mempertahankan serta mempromosikan warisan seni budaya Melayu di persada antarabangsa.
"Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan tahniah kepada adinda Tengku Ampuan Pahang di atas pengurniaan ijazah kehormat doktor seni kreatif.
"Pengurniaan ini adalah sangat bertetapan dengan sumbangan adinda terhadap seni kreatif negara. Adinda telah berjaya membawa seni kreatif negara sehingga ke peringkat antarabangsa," titah Sultan Ibrahim.
Ijazah kehormat berkenaan merupakan penghormatan tinggi kepada Tunku Azizah atas dedikasi,inovasi,dan komitmen baginda dalam mengangkat seni warisan budaya,terutamanya dalam bidang seni tekstil dan kraf tradisional.
Seramai 25,957 graduan bakal menerima diploma dan ijazah dalam pelbagai bidang pada Istiadat Konvokesyen ke-100 UiTM.
Istiadat Konvokesyen ke-100 Universiti Teknologi Mara (UiTM) di Dewan Agung Tuanku Canselor /Foto ISTANA NEGARASultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur