2024-11-13 HaiPress

Allahyarham Tun Daim Zainuddin
KUALA LUMPUR,13 November- Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin yang meninggal dunia pada usia 86 tahun pagi tadi.
Fadillah menyifatkan allahyarham sebagai tokoh yang banyak berjasa kepada negara semasa memegang jawatan Menteri Kewangan,dari tahun 1984 hingga 1991 dan sekali lagi dari 1999 hingga 2001.
"Walaupun saya secara peribadi tidak pernah berkhidmat dalam kerajaan beliau,saya mengikuti perkembangan (sumbangan) beliau. Sebagai seorang menteri,sudah pasti banyak khidmat bakti yang dicurahkan kepada negara," katanya.
Terdahulu,Fadillah tiba di kediaman allahyarham pada pukul 1.30 petang untuk memberikan penghormatan terakhir.
Allahyarham Tun Daim menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Assunta dekat Petaling Jaya,Selangor pada pukul 8.21 pagi.
Fadillah Yusof di pekarangan kediamanAllahyarhamTun Daim Zainuddin/RTMSultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur