2024-11-13 HaiPress

Rumah Pam Telaga Mas tingkatkan tekanan agihan bekalan air kepada pengguna / SADA
POKOK SENA,13 November- Masalah gangguan bekalan air yang membelenggu 600 akaun pengguna di beberapa kampung dekat sini,berakhir selepas Rumah Pam Telaga Mas siap dibina Syarikat Air Darul Aman Sdn Bhd (SADA).
Rumah Pam Telaga Mas yang beroperasi secara rasmi pada 7 November lalu bertujuan meningkatkan tekanan agihan bekalan air kepada pengguna.
Perkara itu dimaklumkan Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya,Sumber Asli,Bekalan Air,Sumber Air dan Alam Sekitar Negeri Kedah,Mohamad Yusoff@Munir Zakaria.
Beliau berkata,pembinaan rumah pam berkenaan memberi manfaat kepada hampir 600 akaun pengguna di kawasan Telaga Mas,KEDA Lengkuas,Kampung Belukar dan Bukit Teriak.
Sejak mula beroperasi,masalah terputus bekalan dan menerima bekalan air melalui lori tangki secara rutin yang dialami 40 akaun pengguna di kawasan terlibat,berjaya diatasi.
"Alhamdulillah,SADA tidak perlu lagi menghantar air melalui lori kepada 40 rumah di sekitar kawasan ini.
"Terima kasih kepada SADA,TNB,JPS,MADA serta semua pihak yang terlibat memudahkan urusan berkaitan," katanya selepas lawatan kerja ke rumah pam berkenaan.
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur