2024-11-13 HaiPress

FOTO FACEBOOK Anwar Ibrahim
KOTA BHARU,13 November- Kerajaan Negeri Kelantan menyokong penuh cadangan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menggesa konsensus antarabangsa bagi menyingkirkan Israel daripada Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB).
Timbalan Menteri Besar Kelantan,Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan menyatakan bahawa langkah tersebut penting untuk memberi tekanan kepada Israel agar menghentikan kekejaman terhadap penduduk Palestin.
Beliau turut menyuarakan pendirian tegas rakyat Malaysia khususnya di Kelantan semasa pertemuan dengan Duta Besar Amerika Syarikat di Malaysia,Edgard D. Kagan,semalam.
Mohamed Fadzli menegaskan keganasan yang dilakukan oleh Israel tidak seharusnya berlaku.
"Kami menegaskan perkara itu dan meminta mereka memberi ruang untuk menghentikan keganasan Israel terhadap rakyat Palestin serta membuka peluang bagi negara-negara lain memberikan bantuan kemanusiaan," katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri di Kompleks Kota Darulnaim di sini hari ini.
Isnin lepas,Perdana Menteri pada Sidang Kemuncak Luar Biasa Arab dan Islam di Riyadh,Arab Saudi menyeru masyarakat antarabangsa agar mencapai kesepakatan untuk menggantung atau menyingkirkan Israel daripada PBB.

Empat langkah tangani krisis air sawah Perak Tengah
KPT sokong inisiatif MAHSA, Micro-Credential jadi pemangkin ‘upskilling’
AS digesa tarik balik tekanan terhadap Malaysia
Peruntukan pertahanan meningkat 35 peratus, tertinggi dalam sejarah
Karnival Masjid Negara 2026 perkasa masjid sebagai pusat komuniti
SK Bukit Pantai terima blok baharu ganti bangunan rosak akibat anai-anai
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur