2024-11-13 HaiPress

Foto / Bernama
ABU DHABI,13 November - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah mengadakan lawatan rasmi ke Emiriah Arab Bersatu (UAE) bermula hari ini hingga 19 November.
Kementerian Luar dalam kenyataan memaklumkan ia merupakan lawatan peringkat tinggi pertama antara kedua-dua negara pada 2024 selepas lawatan kerja Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke negera itu pada Oktober tahun lepas.
"Ini menunjukkan komitmen berterusan Malaysia dalam usaha mengukuhkan hubungan dan memupuk kerjasama dalam pelbagai sektor yang memberikan manfaat bersama kepada kedua-dua negara,sejak hubungan dua hala dinaik taraf kepada Perkongsian Strategik pada September 2022," menurut kenyataan itu.
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid akan diiringi pegawai kanan daripada kementerian dan agensi berkaitan serta wakil daripada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) Malaysia.
Semasa lawatan,beliau dijadual terlibat dalam perbincangan peringkat tinggi,tertumpu kepada pengukuhan kerjasama dua hala dengan penekanan khusus kepada sektor utama seperti inudstri halal,Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) dan kecerdasan buatan (AI).
Delegasi juga akan mengunjungi Mohamed bin Zayed University of Artificial Intelligence dan berinteraksi dengan wakil daripada G42,sebuah syarikat AI terkemuka di UAE.
Sebagai sebahagian daripada lawatan,beliau bakal merasmikan Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) Dubai 2024 dan bertemu dengan pihak berkepentingan dalam sektor halal UAE sebagai usaha mempromosikan dan menarik lebih ramai pelabur ke Malaysia.
"Pada 2023,UAE merupakan pengimport terbesar produk halal Malaysia dalam kalangan negara-negara Majlis Kerjasama Teluk (GCC).
"UAE juga ialah rakan dagang kedua terbesar Malaysia,destinasi eksport kedua terbesar dan sumber import kedua terbesar dari rantau Asia Barat," menurut kenyataan itu.
Dari Januari hingga September tahun ini,jumlah dagangan antara Malaysia dan UAE meningkat sebanyak 16.03 peratus kepada RM32.85 bilion (US$7.5bilion) berbanding RM28.31 bilion (US$6.5 bilion) bagi tempoh sama pada 2023.-- BERNAMA
iCAUR Melakukan Kemasukan Strategik ke Asia Tengah: Mengumumkan Pelancaran Global V27 di UAE
Hefei Spring Festival Gala Sub-Venue: Understanding the City's “Union” Through Four Moments of Palms Meeting
Websea Lancar Seni Bina "Double Pool" Insurans Kontrak: Memulakan Era Baharu Pengurusan Risiko Terperinci
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Websea Naik Taraf Insurans Kontrak: Jaminan Menyeluruh Terhadap Risiko Dagangan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur