2024-11-13 HaiPress

Menteri Pengangkutan Anthony Loke
KUALA LUMPUR,13 November- Jemaah Menteri meluluskan Projek Naik Taraf Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (LTAKK).
Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata,projek ini dijangka mengambil masa 48 bulan,dengan fasa prapembinaan bermula pada tahun ini.
Projek ini dijangka siap pada 2027 serta melibatkan kos sebanyak RM442.3 juta yang dibiayai sepenuhnya oleh inisiatif pembiayaan swasta oleh Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) tanpa melibatkan jaminan Kerajaan.
"Projek naik taraf ini melibatkan beberapa skop kerja yang utama iaitu,pertama ialah pembesaran terminal utama,menambah kapasiti terminal dari 9 juta kepada 12 juta penumpang setahun,memastikan pengalaman perjalanan yang selesa dan lancar.
"Kedua,kemudahan baharu,pembinaan kawasan parkir bertingkat dan tambahan tujuh ruangan parkir pesawat (apron). Ketiga,infrastruktur sokongan,penambahbaikan jalan raya sekitar lapangan terbang dan penggunaan teknologi hijau.
"Keempat,adaptasi teknologi airport 4.0 dengan mengintegrasikan automasi dan teknologi canggih untuk meningkatkan kecekapan operasi",katanya.
LTAKK kini berkapasiti sembilan juta penumpang setahun,menjadikannya lapangan terbang kedua tersibuk di Malaysia selepas Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Beliau berkata demikian dalam sidang media di bangunan Parlimen.
JPJ KL sita 43 kenderaan dipandu warga asing
Segamat Inland Port diaktifkan semula
Asatizah muda benteng pertahan, bimbing akidah masyarakat – MB Negeri Sembilan
LRT3 sasar 67,000 penumpang sehari pada tahun pertama
Kerajaan belum komersial tanaman bawang putih, elak petani rugi
Kurang satu peratus penerima BUDI95 guna lebih 200 liter sebulan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur