2024-11-13 HaiPress

FOTO HIASAN
KUALA LUMPUR,13 November- Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari ini berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.
Mudah tunai dianggarkan sebanyak RM31.73 bilion dalam sistem konvensional dan RM18.32 bilion dalam dana Islam.
Hari ini,bank pusat akan menjalankan satu tender repo berbalik bernilai RM3.5 bilion selama tujuh hari,satu tender berbalik Islam bernilai RM350 juta untuk 92 hari.
Selain itu,BNM mengumumkan ketersediaan repo berbalik,perjanjian jual dan beli semula dan kemudahan Murabahah Komoditi Bercagar dengan tempoh satu minggu,satu bulan dan tiga bulan.
Pada 4 petang,ia akan menjalankan tender semalaman konvensional sehingga RM35.2 bilion dan tender semalaman Murabahah sehingga RM18.7 bilion.- BERNAMA
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur