2024-11-13 HaiPress

FOTO HIASAN
KUALA LUMPUR,13 November- Ringgit dibuka tinggi berbanding mata wang Amerika Syarikat (AS) hari ini walaupun Indeks Dolar AS (DXY) mengukuh,ia dijangka mempercepatkan permintaan untuk dolar US.
Pada 8 pagi,mata wang tempatan naik kepada 4.4330/4465 berbanding dolar US daripada 4.4365/4400 ketika ditutup semalam.
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd,Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata permintaan yang lebih tinggi untuk dolar AS dijangka kerana komen daripada pegawai Rizab Persekutuan (Fed) AS menunjukkan bahawa prospek penurunan kadar faedah sangat bergantung kepada data ekonomi akan datang.
“Presiden Fed Minneapolis Neel Kashkari memberitahu bahawa beliau akan melihat data inflasi akan datang sebelum membuat sebarang keputusan mengenai kadar faedah.
“Oleh itu,ringgit dan mata wang pasaran sedang pesat membangun lain berkemungkinan kekal lemah dalam tempoh terdekat,” kata Mohd Afzanizam kepada Bernama.
Beliau berkata pelabur akan memantau Indeks Harga Pengguna (IHP) AS malam ini dengan konsensus mencatatkan kenaikan 2.6 peratus pada Oktober daripada 2.4 peratus sebelumnya manakala IHP Teras mungkin dikekalkan pada 3.3 peratus.
Pada pembukaan,ringgit diniagakan lebih tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama.
Unit tempatan meningkat berbanding pound Britain kepada 5.6463/6635 daripada 5.6889/6934 ketika ditutup pada Selasa,melonjak berbanding euro kepada 4.7061/7204 daripada 4.7111/7148 dan naik berbanding yen Jepun kepada 2.8661/8752 from 2.8788/8812.
Dalam pada itu,ringgit didagangkan tinggi berbanding mata wang ASEAN.
Ia menambah berbanding baht Thailand kepada 12.7162/7637 daripada 12.7456/7608 ketika ditutup pada Selasa dan menokok berbanding dolar Singapura kepada 3.3107/3210 daripada 3.3143/3174 sebelumnya.
Ringgit juga naik berbanding peso Filipina kepada 7.53/7.56 daripada 7.54/7.55 dan meningkat berbanding rupiah Indonesia kepada 280.8/281.9 daripada 281.0/281.5 sebelum itu.- BERNAMA
Websea Umum Pembakaran Besar-Besaran 57 Juta WBS, Pasaran Menilai Semula Nilai Jangka Panjang Token Platform
J.P. Morgan 投資學院與 Morgan 機構知識通道:在新金融時代重建全球知識標準
Kepercayaan Dalam Ribut: Insurans Kontrak Mencetus Revolusi Pengurusan Risiko Web3
Genomik untuk Kesihatan Tumbuhan: Sumbangan Kumpulan BGI terhadap Kepelbagaian Tumbuhan dan Keselamatan Makanan
AIF(香港)投资学院宣布与合盈证券达成战略合作 携手推动亚洲专业投资教育升級,扩大OTC的交易深度和广度
Festival Tanglung Taiwan 2026 Menerangi Chiayi! “Light Up Chiayi: Super Style” Bergandingan dengan Super Mario, Lancarkan Tanglung Blok Soalan Edisi Terhad
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur