2024-11-14 HaiPress

FOTO REUTERS
PARIS,14 November-Kadar peratusan dewasa yang menderita akibat diabetes di seluruh dunia meningkat dua kali ganda sepanjang tiga dekad yang lalu.
Peningkatan tersebut lebih ketara di negara-negara membangun,menurut satu kajian pada Rabu.
Penyakit itu menjejaskan 14 peratus penghidap dewasa di seluruh dunia pada 2022 berbading tujuh peratus pada 1990 berdasarkan analisis terbaharu oleh The Lancet Journal.
Berdasarkan pertumbuhan populasi dunia,pasukan penyelidik menganggarkan lebih daripada 800 juta penduduj dunia kini menghidap diabetes berbanding 200 juta penduduk pada 1990.
Jumlah tersebut termasuk kedua-dua tahap iaitu tahap pertama dan kedua.
Tahap pertama menjejaskan pesakit daripada usia muda dan sukar dirawat kerana disebabkan oleh kekurangan insulin.
Manakala tahap kedua pula dialami oleh golongan pertengahan umur atau golongan tua yang telah kehilangan sensitiviti terhadap insulin.
Kadar diabetes di seluruh dunia menunjukkan perbezaan ketara mengikut negara.
Menurut satu kajian,di negara-negara kaya seperti Jepun,Kanada,dan beberapa negara Eropah Barat seperti Perancis dan Denmark,kadar diabetes kekal sama atau menurun.
Namun begitu,beban diabetes dan diabetes yang tidak dirawat semakin buruk di negara-negara berpendapatan rendah dan sederhana.
Sebagai contoh,hampir satu pertiga wanita di Pakistan kini menghidap diabetes berbanding kurang daripada satu per sepuluh pada tahun 1990.
Kajian tersebut menegaskan bahawa obesiti adalah pendorong utama diabetes jenis dua,selain daripada diet yang tidak sihat.
Jurang antara rawatan diabetes di negara kaya dan miskin juga semakin melebar.
Dianggarkan tiga daripada lima orang yang berusia lebih 30 tahun dan menghidap diabetes iaitu bersamaan 445 juta orang dewasa tidak menerima rawatan untuk diabetes pada tahun 2022.
India sahaja mencatat hampir satu pertiga daripada jumlah tersebut.
Di sub-Sahara Afrika,hanya lima hingga 10 peratus orang dewasa yang menghidap diabetes menerima rawatan pada tahun 2022.
Meskipun,terdapat negara membangun seperti Mexico yang berjaya dalam merawat penduduknya,secara keseluruhan,jurang global semakin melebar.
"Perkara ini amat membimbangkan kerana penghidap diabetes di negara berpendapatan rendah cenderung lebih muda dan,tanpa rawatan berkesan,mereka berisiko mengalami komplikasi sepanjang hayat," kata penulis utama kajian,Majid Ezzati dari Imperial College London.
Komplikasi tersebut termasuk amputasi,penyakit jantung,kerosakan buah pinggang,kehilangan penglihatan,atau dalam beberapa kes,kematian pramatang,tambahnya dalam satu kenyataan.-AFP
SOUEAST returns to Dubai Fashion Week as official automotive partner, redefining aesthetics of mobility
Pengaruh Thailand dengan berjuta-juta pengikut berpusu-pusu ke Gunung Emei untuk perkhidmatan kebudayaan dan pelancongan bertaraf antarabangsa, menjadikannya tarikan utama
Daripada Bon Perbendaharaan AS kepada Komoditi Fizikal: BullNus Cuba Membina Kitaran Tertutup Perniagaan RWA Berpacukan "Dunia Fizikal"
Pelindung dalam Pasaran Volatil: Kepentingan 'Copy Trading' Terjamin Modal Websea
RF RACER Brand Leverages Motorsport Heritage for Engineering Excellence
Paradigma Baharu untuk Laluan Pengundian: Daripada Pengagregatan Maklumat kepada Pengaset Konsensus, Penentuan Kedudukan dan Pelaksanaan Praktikal OracleX.
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur