2024-11-14 HaiPress

Menteri Besar Perak,Datuk Seri Saarani Mohamad bergambar bersama Naib Presiden Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia (FMM),Jacob Lee Chor Kok (kiri) dan Pengerusi FMM Perak,Chua Kay Lin (kanan) pada Majlis Makan Malam FMM Perak / BERNAMA
IPOH,14 November- Cadangan mewujudkan prosedur operasi standard (SOP) berhubung penguatkuasaan serta pengeluaran hasil nadir bumi (REE) oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM),dipersetujui.
Menteri Besar Perak,Datuk Seri Saarani Mohamad berkata,pelaksanaan itu dilihat perlu bagi mengelak berlakunya ketirisan hasil negeri dan penyelewengan.
Jelas beliau,sekiranya SOP tersebut diwujudkan,mana-mana syarikat tidak boleh sewenang-wenangnya melaksanakan aktiviti pengeluaran hasil REE kerana ia turut melibatkan soal keselamatan.
"Kalau itu ada lagi baik,tak ada masalah,jadi jawatankuasa yang bertanggungjawab itu akan berhati-hati. Sebab itulah kita mintak persekutuan mewujudkan SOP dan kriteria-kriteria sesuai," katanya.
Beliau berkata demikian selepas menghadiri Majlis Makan Malam Ulang Tahun ke-56 Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia (FMM),di sini,malam tadi (Rabu).
Sebelum ini Ketua Pesuruhjaya SPRM,Tan Sri Azam Baki menyarankan agar kerajaan negeri dan Persekutuan mewujudkan SOP khusus berhubung penguatkuasaan dan pengeluaran REE.
Empat langkah tangani krisis air sawah Perak Tengah
KPT sokong inisiatif MAHSA, Micro-Credential jadi pemangkin ‘upskilling’
AS digesa tarik balik tekanan terhadap Malaysia
Peruntukan pertahanan meningkat 35 peratus, tertinggi dalam sejarah
Karnival Masjid Negara 2026 perkasa masjid sebagai pusat komuniti
SK Bukit Pantai terima blok baharu ganti bangunan rosak akibat anai-anai
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur