2024-11-14 HaiPress

Foto BERNAMA
LIMA,14 November-Malaysia berharap dapat menyumbang kepada pembangunan infrastruktur di Pelabuhan Chancay yang terletak 80 kilometer di utara ibu kota Peru.
Kompleks itu yang bernilai AS$3.5 bilion dijangka menjadi hab perdagangan utama antara selatan Amerika dan China.
Perkara itu disuarakan Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas mesyuarat dua hala bersama Presiden Peru,Dina Ercilia Boluarte Zegarra di istana kerajaan Peru.
Jelas Datuk Seri Anwar; Malaysia juga mencadangkan penubuhan ekosistem halal di Peru,sekali gus meletakkan negara itu sebagai pintu masuk produk Malaysia ke Amerika Latin,dan memanfaatkan sepenuhnya infrastruktur Pelabuhan Chancay.
Pertemuan antara Perdana Menteri dan Dina Ercilia itu dibuat susulan pertemuan pertama mereka di luar persidangan Mesyuarat Pemimpin-Pemimpin Ekonomi APEC (AELM) di San Francisco Amerika Syarikat november tahun lalu.
Lawatan rasmi Datuk Seri Anwar ke Peru ini merupakan lawatan sulung beliau ke Amerika Latin sejak menjawat jawatan Perdana Menteri.
Peru merupakan antara rakan dagangan utama Malaysia dengan jumlah perdagangan antara kedua-dua negara dari Januari hingga Julai 2024 berjumlah RM1.16 bilion,peningkatan 36.3 peratus daripada RM847.7 juta dalam tempoh sama pada 2023.
Malaysia dan Peru memanfaatkan sepenuhnya pelaksanaan perjanjian komprehensif dan progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik CPTPP melalui perdagangan dua hala dan pertumbuhan ekonomi yang positif.
Perdana Menteri berkata menerusi lawatan rasmi ini Malaysia komited untuk terus memperkukuhkan kerjasama ekonomi dua hala dengan Peru.
Pada majlis sama,Datuk Seri Anwar dan Dina Ercilia turut menyaksikan 3 pertukaran memorandum persefahaman MOU antara Halal Development Corporation HDC dan PROMPERU melibatkan kerjasama halal.
Dua lagi MOU itu melibatkan Taylors University dan CENFOUR berhubung kerjasama gastronomi dan hospitaliti,selain MARDI dan Institut kebangsaan bagi inovasi pertanian,INIA berkenaan kerjasama pertanian.
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur