2024-11-14 HaiPress

Menteri Besar Negeri Sembilan,Datuk Seri Aminuddin Harun /Foto RTM
SEREMBAN,14 November-Kerajaan Negeri Sembilan membuka peluang kepada mana - mana syarikat atau pemilik tanah persendirian yang berminat untuk mengusahakan industri unsur nadir bumi bukan radioaktif (NR-REE).
Menteri Besar,Datuk Seri Aminuddin Harun berkata,kriteria utama pemilihan adalah untuk syarikat yang berkemampuan dalam industri berkenaan.
"Jadi,kita lihat kemampuan dia. Kita kaji dan lihat semula baru kita boleh dan kita kena telus tak nak tak ada pengalaman tapi kita lihat siapa yang mampu lakukan apa projek dia nak buat,apa cara dia nak buat itu antara kita nilai",katanya demikian dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di Wisma Negeri di sini.
Jelasnya,tempoh masa penjelajahan dan kajian kawasan akan diberikan antara satu hingga enam bulan.
Terdahulu media melaporkan,kerajaan Negeri Sembilan telah meluluskan dua kawasan berkeluasan 400 hektar untuk dijadikan lokasi perlombongan NR - REE.
Empat langkah tangani krisis air sawah Perak Tengah
KPT sokong inisiatif MAHSA, Micro-Credential jadi pemangkin ‘upskilling’
AS digesa tarik balik tekanan terhadap Malaysia
Peruntukan pertahanan meningkat 35 peratus, tertinggi dalam sejarah
Karnival Masjid Negara 2026 perkasa masjid sebagai pusat komuniti
SK Bukit Pantai terima blok baharu ganti bangunan rosak akibat anai-anai
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur