2024-11-14 HaiPress

FOTO FAIL
LABUAN,14 November - Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Labuan melaksanakan projek 'Outfall Spiral Pipe' bagi mengurangkan risiko banjir,sebagai langkah persediaan menghadapi Monsun Timur Laut (MTL).
Pengarah JPS Labuan Juniaddi Awang Tuah berkata,sebanyak 18 kawasan dikenal pasti berpotensi banjir apabila berlaku kejadian Monsun Timur Laut dan air laut pasang dalam.
Beliau berkata,enam projek berkenaan telah dibina termasuk dua projek yang baharu siap pada tahun ini di pesisir pantai kampung yang terlibat.
Antaranya ialah di Kampung Batu Manikar,Pohon Batu,Kampung Sungai Labu dan Kampung Lubok Temiang.
"Insya-Allah tahun depan bergantung dengan peruntukan yang ada kita akan tambah lagi mana-mana muara yang di Labuan ini yang memang kita di JPS Labuan lihat perlu untuk kita bina supaya spiral outfall,sebab masalah muara ini memang masalah muara tersumbat ini.. banyak berlakulah di Labuan ini," kata Juniaddi Awang.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melakukan tinjauan kawasan projek berkenaan di Kampung Batu Manikar.
Jelas beliau,pihaknya mendapat maklum balas positif daripada penduduk kampung terlibat.
Projek aliran itu dapat mengurangkan risiko banjir yang teruk kerana mempunyai sistem saliran yang sistematik.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur