2024-11-14 HaiPress
Timbalan Menteri Dalam Negeri,Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah
KUALA LUMPUR,14 November - Seramai 209 kanak-kanak warga asing dan penjaga telah ditempatkan di Baitul Mahabbah setakat 30 September lepas.
Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata,penempatan mereka di institusi itu bersifat sementara sehingga proses penghantaran pulang ke negara asal dilaksanakan.
"Beberapa sesi libat urus dilaksanakan,kerajaan tempatan dan luar negara juga sedang dijalankan bagi meneliti pelbagai inisiatif kepada penahanan kanak-kanak melalui program berasaskan komuniti demi memastikan pelaksanaan program tersebut selari dengan perundangan dan peraturan-peraturan yang sedang dikuatkuasa," kata Shamsul Anuar dalam sesi soal jawab di Dewan Rakyat.
Beliau menjawab soalan Lim Lip Eng (PH-Kepong) yang ingin tahu apakah program berasaskan komuniti dikaji sebagai alternatif kepada penahanan kanak-kanak bawah umur yang ditahan atas kesalahan imigresen dan adakah program yang sama boleh dikaji bagi banduan yang telah habis menjalankan dua pertiga daripada tempoh hukuman penjara mereka.
Program berasaskan komuniti 'Baitul Mahabbah' dirangka sebagai alternatif kepada tahanan sementara kanak-kanak bawah umur atas kesalahan imigresen bagi melindungi kebajikansebelum dibenarkan pulang ke negara asal.
'Baitul Mahabbah' dilihat satu alternatif kepada persekitaran lebih kondusif agar perkembangan fizikal mental dan emosi mereka lebih sempurna. Sehingga kini sebanyak lima 'Baitul Mahabbah' telah beroperasi di seluruh negara.
Tambahnya juga,Jabatan Penjara Malaysia tiada program khusus bagi komuniti dan kanak-kanak bawah umur yang ditahan atas kesalahan imigresen.
Bagaimanapun pelbagai inisiatif telah dilaksanakan bagi mengintegrasi semua banduan dalam masyarakat mengenai program pemulihan dalam komuniti mengikut syarat dan kelayakan tertentu.
Sementara itu Shamsul Anuar memaklumkan Akta Hasutan 1948,dikekalkan bagi memelihara ketenteraman awam dan keselamatan negara.
"Perkara 10 dalam Perlembagaan Persekutuan,jelas menunjukan warganegara Malaysia mempunyai kebebasan dalam mengeluarkan pendapat dan suara. Namun bagi menghormati perkara tersebut janganlah ia melampaui batas," katanya lagi.
Tambahnya,sebelum ini Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah melaksanakan kajian bagi menilai sama ada pindaan terhadap akta tersebut perlu dibuat dan ia telah dibentangkan kepada Jemaah Menteri bagi penetapan dasar.
Susulan itu,Jemaah Menteri bersetuju secara dasar; Majlis Keselamatan Negara dan Jabatan Perdana Menteri sedang menyelaras penggubalan Rang Undang-undang Keselamatan Negara bagi memelihara keselamatan negara termasuklah melindungi Institusi Raja Berpelembagaan,Demokrasi Berparlimen dan keharmonian antara agama.
T-INNOWARE Makes Debut at IndoSec 2025: "AI + Innovation" Leads the Intelligent Wave of Cybersecurity in Southeast Asia
Chery Brand Night Grandly Opens - Co-Creating the “New Move” with Global Users
Proven Strength, New Chapters Ahead: Chery Super Hybrid (CSH) Global Endurance Test Concludes in Triumph, Paving the Way for the 2025 Chery Brand User Summit
Sentimen elak risiko dorong ringgit dibuka mengukuh berbanding dolar
Pasaran kewangan domestik kekal teratur meskipun terdapat ketidaktentuan global
Gangguan Aerotrain, MAHB bakal lantik penilai bebas laksana semakan menyeluruh
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur