2024-11-14 HaiPress

FOTO FAIL
MELAKA,14 November - Kerajaan meneruskan kerjasama dengan pengeluar kenderaan elektrik (EV) bagi menyebar luas garis panduan keselamatan dan pengendalian kenderaan elektrik yang diperkenalkan Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS).
Menteri Pengangkutan,Anthony Loke berkata,tiga garis panduan keselamatan EV ialah Safety Guide fo Road Users and Public Concerning Electrified Vehicle Incident Management (MyEVIM),Assessment Protocol High Voltan Electric Vehicles dan Garis Panduan Keselamatan Makmal Ujian Pelanggaran Kenderaan Elektrik.
Katanya pihaknya juga sedang menyediakan pendekatan yang lebih mudah untuk difahami orang awam.
Garis panduan juga boleh didapati di laman sesawang MIROS dan Kementerian Pengangkutan.
"Jadi ini merupakan satu usaha pertama untuk kita keluarkan satu garis panduan berkenaan dengan pengurusan kenderaan EV. Saya mengucapkan syabas dan terima kasih kepada MIROS kerana mengambil inisiatif melaksanakan tugas ini.
"Kerana garis panduan ini sangat penting kerana EV semakin popular walaupun di Malaysia masih di peringkat awal tetapi menarik minat ramai juga peminat yang ingin membeli kendaraan EV,kita sudah ada puluhan ribu sekarang kenderaan EV di Malaysia walaupun belum mencapai satu skala besar," kata Loke,di sini.
Beliau bercakap kepada media dalam sidang media pelancaran garis panduan keselamatan makmal ujian pelanggaran kenderaan elektrik,di sini.
Tambahnya,garis panduan tersebut boleh diguna pakai di seluruh negara ASEAN.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur