2024-11-14 HaiPress

Pengerusi Jawatankuasa Muzakarah MKI,Datuk Dr Nooh Gadot
KUALA LUMPUR,14 November- Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) memutuskan,ajaran pegangan dan fahaman yang dibawa oleh Nasiruddin Mohd Ali dan syarikat GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) adalah sesat dan menyeleweng daripada ajaran Islam.
Pengerusi Jawatankuasa Muzakarah MKI Datuk Dr Nooh Gadot dalam satu kenyataan menjelaskan,keputusan itu dicapai menerusi muzakarah kali ke-125 yang bersidang pada 24 hingga 26 September lalu.
Katanya,sesiapa yang berpegang bahawa Syeikh Muhammad bin Abdullah Suhaimi sebagai Imam Mahdi dan Asaari bin Muhammad akan muncul bersama Syeikh Muhammad Suhaimi sebagai pembantunya di akhir zaman adalah sesat.
Malah,GISBH juga didapati mengamalkan ekonomi 'ma'ash' yang mempunyai unsur perhambaan.
"Oleh itu,orang ramai diminta untuk menjauhi ajaran,pegangan dan fahaman GISBH serta dilarang menyebarkan,mengajar dan menjadi pengikutnya.
"Mereka yang terjebak dengan kegiatan ini hendaklah bertaubat dengan taubat nasuha," kata Dr Nooh Gadot.
Orang ramai diingatkan supaya tidak memiliki,menyimpan,menjual serta memuat naik sebarang risalah atau bahan bacaan yang mengandungi ciri-ciri ajaran,pegangan dan fahaman syarikat tersebut.
MKI juga mencadangkan agensi kerajaan persekutuan dan negeri untuk membantu menyalurkan peruntukan atau pembiayaan bagi melaksanakan proses istitabah atau bertaubat ahli kumpulan itu.
Sebelum ini,beberapa negeri seperti Selangor,Pahang,Pulau Pinang dan Perlis telah memfatwakan bahawa ajaran yang dibawakan GISBH sebagai sesat.
Justeru,negeri-negeri lain boleh mempertimbangkan keputusan ini bagi tujuan pewartaan fatwa di negeri masing-masing.
Empat langkah tangani krisis air sawah Perak Tengah
KPT sokong inisiatif MAHSA, Micro-Credential jadi pemangkin ‘upskilling’
AS digesa tarik balik tekanan terhadap Malaysia
Peruntukan pertahanan meningkat 35 peratus, tertinggi dalam sejarah
Karnival Masjid Negara 2026 perkasa masjid sebagai pusat komuniti
SK Bukit Pantai terima blok baharu ganti bangunan rosak akibat anai-anai
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur