2024-11-14 HaiPress

Universiti Teknologi Malaysia (UTM) bakal mengisytiharkan mantan Naib Canselor keempatnya,Tan Sri Datuk Profesor Emeritus Ir. Dr. Mohd Zulkifli Mohd Ghazali,sebagai Pro-Canselor baharu,16 November ini / Foto Hiasan
JOHOR BAHRU,14 November – Universiti Teknologi Malaysia (UTM) bakal mengisytiharkan mantan Naib Canselor keempatnya,16 November ini.
Naib Canselor UTM,Profesor Datuk Ir. Ts. Dr. Ahmad Fauzi Ismail berkata perisytiharan itu akan disempurnakan Raja Permaisuri Agong,Raja Zarith Sofiah,dalam satu istiadat yang akan berlangsung sempena Sesi Pertama Majlis Konvokesyen UTM ke-68 di Dewan Sultan Iskandar,UTM.
“Tan Sri Datuk Ir. Dr. Zulkifli pernah berkhidmat sebagai Naib Canselor dari tahun 2001 hingga 2008,selama tujuh tahun.
"Beliau memainkan peranan penting dalam memperkukuh kerjasama antarabangsa serta meningkatkan reputasi global UTM dengan merintis pelbagai usaha kerjasama dengan universiti luar negara,” katanya pada sidang media berkaitan perisytiharan dan majlis konvokesyen berkenaan di Bangunan Canselori Sultan Ibrahim,UTM,di sini.
Dr. Ahmad Fauzi turut memaklumkan,kepakaran Tan Sri Dr. Mohd Zulkifli dalam bidang kejuruteraan serta kepemimpinan beliau di peringkat nasional dan antarabangsa menjadikan beliau pilihan yang tepat untuk dilantik sebagai Pro-Canselor UTM.
Majlis Konvokesyen UTM ke-68 akan berlangsung dari 16 hingga 21 November ini,dengan seramai 7,499 graduan akan diraikan,termasuk penerima Hadiah Akademik.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur