2024-11-14 HaiPress

Ketua Pengarah JPJ Datuk Aedy Fadly (empat,kiri) menyampaikan lesen B2 dan topi keledar pada Majlis Perasmian Program MyLesen B2 Peringkat JPJ Negeri Terengganu di SMK Padang Midin. / Foto RTM
KUALA TERENGGANU 14 November - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengeluarkan 37,708 saman atas pelbagai kesalahan kepada pengguna motosikal dalam tempoh 13 hari pelaksanaan Op Khas Motosikal bermula 1 November lepas.
Ketua Pengarah JPJ Datuk Aedy Fadly Ramli berkata,pihaknya turut menyita 1,014 motosikal membabitkan pelbagai kesalahan termasuk pengubahsuaian ekstrem oleh pemilik motosikal.
"Antara kesalahan yang paling banyak dikesan adalah tiada lesen memandu,tiada insurans dan tidak memakai topi keledar.
"Operasi akan diteruskan sehingga Disember ini dimana operasi akan diadakan secara berterusan di seluruh negara." beliau berkata demikian selepas menyempurnakan Majlis Perasmian Penutup Program MyLesen B2 Peringkat Negeri Terengganu di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Padang Midin,Kuala Terengganu.
Seramai 2,366 pemlik Lesen Memandu Malaysia B2 Motosikal daripada golongan B40 memperolehi manfaat menerusi inisiatif Program MyLesen B2 peringkat Negeri Terengganu 2024.
Hadir sama,Pengarah JPJ Negeri Terengganu,Mohd Zamri Samion.
Australia bincang dengan Petronas, pacu kerjasama dalam bidang tenaga
Tiga inisiatif untuk penternak, pesawah, petani di Melaka
JBPM kesan 11 panggilan palsu di Pulau Pinang
Malaysia utamakan keperluan bahan api domestik berbanding eksport
CIMB, DBKL perkasa pembangunan ekonomi Kuala Lumpur
Selangor peruntuk RM130.42 juta perkukuh daya tahan hadapi kesan krisis global
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur