2024-11-14 HaiPress

Proses penganugerahan projek Pakej Fasa 1B Lebuhraya Pan Borneo Sabah telah dilaksanakan mengikut prosedur yang ditetapkan / Foto Hiasan / Bernama
SHAH ALAM,14 November – Proses penganugerahan projek Pakej Fasa 1B Lebuhraya Pan Borneo Sabah telah dilaksanakan mengikut prosedur yang ditetapkan,dengan syarikat terpilih diumumkan oleh Kementerian Kewangan (MOF).
Menteri Kerja Raya,Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata pihak Kementerian Kerja Raya (KKR) telah melakukan semakan dan perbincangan awal dengan Jabatan Kerja Raya (JKR) Sabah selepas menerima senarai syarikat yang dikemukakan oleh agensi tersebut.
“Kita,apabila menerima maklumat daripada JKR Sabah peringkat pertama,di Kementerian Kerja Raya kita semak semula dan ada pandangan serta kuasa kita sendiri dalam proses ini.
"Oleh itu,senarai yang telah diperbincangkan di peringkat KKR kemudian dihantar kepada Kementerian Kewangan,” katanya selepas merasmikan Program Hari Komuniti MyPlus,di sini.
Ini sebagai mengulas kepada isu berbangkit mengenai penganugerahan tender projek berkenaan kepada syarikat yang didakwa tidak melalui penilaian sewajarnya.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur