2024-11-14 HaiPress

FOTO FAIL
KUALA LUMPUR,14 November - Ringgit dibuka mendatar berbanding dolar AS hari ini walaupun Indeks Dolar AS (DXY) tinggi.
Pada 8 pagi,mata wang tempatan diniagakan pada 4.4450/4750 berbanding dolar AS daripada 4.4450/4495 pada Rabu.
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata DXY meningkat kepada 106.58 mata selepas laporan Indeks Harga Pengguna (IHP) Amerika Syarikat (AS) dikeluarkan,yang selaras dengan jangkaan.
Pada masa yang sama,katanya hasil Perbendaharaan AS untuk tempoh dua tahun turun sebanyak enam mata asas kepada 4.28 peratus berikutan jangkaan terhadap penurunan kadar faedah dalam mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan AS pada Disember yang semakin meningkat.
“Bagaimanapun,DXY naik,mencerminkan keutamaan peniaga dan pelabur terhadap dolar AS berbanding mata wang lain. Oleh itu,ringgit dijangka kekal rendah dalam tempoh terdekat,” katanya kepada Bernama.
Sementara itu,ringgit diniagakan tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama.
Ia meningkat berbanding pound kepada 5.6610/6864 daripada 5.6678/6736 pada Rabu,mengukuh berbanding yen Jepun kepada 2.8642/8773 daripada 2.8692/8723 semalam dan naik berbanding euro kepada 4.7058/7269 daripada 4.7241/7289 sebelum ini.
Ringgit turut diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang ASEAN.
Ia meningkat berbanding baht Thailand kepada 12.7424/8073 daripada 12.8235/8416 semalam dan naik berbanding dolar Singapura kepada 3.3170/3321 daripada 3.3244/3280.
Bagaimanapun,mata wang tempatan merosot berbanding peso Filipina kepada 7.58/7.62 daripada 7.57/7.58 semalam dan berkurangan berbanding rupiah Indonesia kepada 282.2/283.6 daripada 281.5/282.0 sebelum ini. - BERNAMA
iCAUR Melakukan Kemasukan Strategik ke Asia Tengah: Mengumumkan Pelancaran Global V27 di UAE
Hefei Spring Festival Gala Sub-Venue: Understanding the City's “Union” Through Four Moments of Palms Meeting
Websea Lancar Seni Bina "Double Pool" Insurans Kontrak: Memulakan Era Baharu Pengurusan Risiko Terperinci
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Websea Naik Taraf Insurans Kontrak: Jaminan Menyeluruh Terhadap Risiko Dagangan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur