2024-11-15 HaiPress

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup,Datuk Armizan Mohd Ali / Foto RTM
RAUB,14 November – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) di peringkat negeri dan cawangan telah diarahkan untuk bersiap sedia menghadapi Monsun Timur Laut (MTL) dengan memastikan keperluan asas makanan mencukupi.
Menterinya,Datuk Armizan Mohd Ali berkata jawatankuasa peringkat kementerian,negeri,dan cawangan telah diarahkan untuk mengambil langkah serius susulan kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengenai jangkaan taburan hujan bermula November sehingga Mac 2025.
Menurutnya,kementerian telah mengaktifkan Pusat Kawalan Operasi Bencana melalui Pusat Arahan Penguatkuasaan di negeri-negeri yang dijangka terlibat dengan bencana banjir.
"Tanggungjawab KPDN adalah memastikan bekalan barangan,sama ada barang kawalan mahupun keperluan harian asas,tetap berada di pasaran meskipun dalam keadaan bencana.
"Atas sebab itu,KPDN memandang serius banjir yang saban tahun berlaku. Bermula 26 September,surat arahan persediaan menghadapi MTL 2024-2025 telah dikeluarkan kepada seluruh cawangan," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Program Jualan Rahmah Madani Daerah Raub yang berlangsung di Tapak Pekan Sehari Dong,di sini.
Tambah Armizan,kementerian juga membenarkan penambahan had simpanan barang kawalan dan keperluan asas sehingga 30 peratus kepada pemborong dan peruncit terpilih di kawasan berisiko banjir.
Ketika ini,terdapat 1,369 premis yang dilantik bagi Peruncit Terpilih Daerah (DDR) dan 635 premis Pemborong Terpilih Daerah (DDW) di seluruh negara.
Aset melebihi RM3 bilion, Koperasi Tentera kekal status koperasi premier
Konflik Asia Barat tekan ringgit, susut 2.1 peratus setakat 22 Jun
Bekalan makanan dan tenaga negara stabil sehingga Disember
Nanas tembusi New Zealand, bukti produk pertanian negara diiktiraf global
Lebih 42,000 hilang kerja tahun ini – Ramanan
Garis panduan LAE dijangka siap hujung tahun ini
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur