2024-11-15 HaiPress

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming (tengah) merasmikan Majlis Anugerah Toilet of The Year Award 2024 (TOTYA ’24) di sebuah hotel malam ini/ BERNAMA
KUALA LUMPUR,14 November- Sebanyak RM4 juta diperuntukkan kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Perbadanan Putrajaya bagi pembangunan empat projek tandas awam Bersih,Menawan,Wangi pintar (BMW-i).
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming berkata peruntukan tersebut diberikan untuk memupuk budaya menjaga kebersihan dan meningkatkan kesedaran sivik orang ramai.
"Dua di Putrajaya terletak di Dataran Masjid,satu lagi dekat Anjung Flora,di kawasan Kuala Lumpur adalah tumpuan pelancong,Jalan Alor dan juga Petaling Street. Kedua-duanya di Bukit Bintang.
"Ini menunjukkan tahun depan akan memperhebatkan lagi supaya semua tandas awam di negara kita mencapai penanda aras BMW-i. Ia melibatkan usaha,sama ada pihak swasta,syarikat agensi kerajaan,sekolah dan semuanya",katanya.
Beliau ditemui media selepas merasmikan Toilet of The Year Award 2024 dan melancarkan Aplikasi Penarafan Bintang Tandas Awam (PBTA) di ibu negara.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur