2024-11-15 HaiPress

FOTO FCoEE
KANGAR,15 November- Seramai 509 orang pelajar dari 25 buah sekolah menengah seluruh Perlis menjayakan Program Transformasi Intelek Pelajar Perlis (TRIPs) bagi menghadapi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Program dibahagikan kepada dua fasa yang berakhir petang semalam memberi tumpuan terhadap empat mata pelajaran STEM A iaitu Matematik Tambahan,Fizik,Kimia,Biologi dan dua mata pelajaran Teras Kritikal iaitu Matematik dan Sejarah.
Menurut Pengerusi Pusat Kecemerlangan Pendidikan Faizuddin (FCoEE),Profesor Emeritus Datuk Dr Kamaruddin Hussin dalam kenyataannya,Program TRIPs adalah satu inisiatif bagi menyediakan pelajar menghadapi peperiksaan SPM dengan keyakinan dan kemahiran yang mantap serta memanfaatkan sepenuhnya panduan dan tips yang diberikan untuk mencapai keputusan terbaik.
Jelasnya,Program TRIPs bukan hanya mempersiapkan pelajar menghadapi peperiksaan SPM,malah berupaya membina kemahiran komunikasi dan kerjasama melalui sistem mentor-mentee.
"FCoEE meletak harapan yang tinggi untuk anak-anak Perlis yang akan menduduki SPM 2024,semoga usaha dan dedikasi membuahkan hasil yang cemerlang seterusnya menjadi inspirasi kepada generasi seterusnya dan teruskan kecemerlangan dalam pelajaran serta kehidupan," katanya.
Beliau memaklumkannya pada Program Transformasi Intelek Pelajar Perlis (TRIPs) di Dewan Mes Pegawai Kanan Polis Perlis yang keseluruhannya melibatkan 110 orang Guru Cemerlang dan Guru Kompetensi Cemerlang. dalam keenam-enam subjek tumpuan.
Usaha berterusan itu juga bagi terus melonjakkan Prestasi Gred Purata Negeri (GPN) Perlis dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 untuk berada pada paras terbaik selepas mencatatkan gred 4.74 bagi keputusan peperiksaan SPM 2023 dimana 50 calon berjaya memperolehi keputusan cemerlang A dalam semua mata pelajaran yang diduduki.
iCAUR Melakukan Kemasukan Strategik ke Asia Tengah: Mengumumkan Pelancaran Global V27 di UAE
Hefei Spring Festival Gala Sub-Venue: Understanding the City's “Union” Through Four Moments of Palms Meeting
Websea Lancar Seni Bina "Double Pool" Insurans Kontrak: Memulakan Era Baharu Pengurusan Risiko Terperinci
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Websea Naik Taraf Insurans Kontrak: Jaminan Menyeluruh Terhadap Risiko Dagangan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur