2024-11-15 HaiPress

Foto RTM
KUCHING,15 November – Persidangan Energy Industries Council (EIC) CONNECT Energy Borneo 2025 akan berlangsung pada 25 hingga 26 Februari 2025 di Pusat Acara Hikmah Exchange,Kuching.
Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar Sarawak,Datuk Dr. Hazland Abang Hipni memberitahu,persidangan ini selari dengan matlamat negeri itu untuk mencapai status karbon sifar bersih menjelang tahun 2050.
Jelas beliau beberapa tema utama akan dibincangkan termasuk Karbon Sifar Bersih sebagai Pemangkin Kemakmuran Ekonomi,Tindakan Kolaboratif dalam Mencapai Sinergi Serantau,dan Strategi Mengukuhkan Keselamatan Tenaga.
"Tema-tema ini penting untuk menyelaraskan objektif tenaga di Borneo dengan matlamat global sambil meningkatkan kestabilan ekonomi rantau ini. Persidangan diharap dapat mendorong kolaborasi antara sektor,berkongsi penyelesaian inovatif untuk mencapai sasaran sifar bersih,serta menyahkarbon operasi bagi memenuhi sasaran pelepasan di Borneo," beliau menyatakan demikian dalam sidang media mengenai Persidangan EIC CONNECT Energy Borneo 2025 di Dewan Undangan Negeri Kuching hari ini.
Persidangan ini dijangka melibatkan lebih daripada 50 penceramah,termasuk perbincangan meja bulat kepimpinan sebagai platform kepada pemimpin kerajaan dan industri untuk berkongsi pandangan mengenai cabaran,peluang,dan penyelesaian bersama.
Delegasi yang hadir juga berpeluang untuk menjalinkan rangkaian melalui sesi padanan perniagaan yang dirancang,memberikan platform untuk menjalin kerjasama dalam sektor tenaga yang berpotensi membawa kepada inisiatif-inisiatif yang memberi impak besar.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur