2024-11-15 HaiPress

Foto RTM
LIMA,15 November-Malaysia selaku Pengerusi Majlis Penasihat Perniagaan Asean (ABAC) tahun depan akan terus memberi tumpuan kepada pemusatan ASEAN sebagai satu pasaran tunggal.
Jelas Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim,sasaran itu boleh dicapai melalui kerjasama konkrit terutamanya dalam sektor kerajaan dan perniagaan yang boleh dihubungkan melalui Kaukus ASEAN ABAC.
Beliau juga menggalakkan peranan aktif Kaukus ASEAN ABAC dalam menyokong komitmen ASEAN untuk mencapai kemampanan pertumbuhan ekonomi yang berterusan bagi mengurangkan ketidak seimbangan kekayaan.
Datuk Seri Anwar turut merakamkan ucapan penghargaan kepada Indonesia yang telah menjadi Pengerusi ABAC sebelum ini.
‘’Meskipun secara teknikal kita berkongsi tetapi kita sebenarnya bekerjasama.Tiada persoalan sama ada Indonesia sebagai pengerusi atau Malaysia sebagai pengerusi.
"Aturan ini unik dan menjadi tanggungjawab kita untuk memastikan ia berkesan",katanya demikian pada Dialog Ekonomi Peringkat Tinggi antara Majlis Penasihat Ekonomi APEC (ABAC) bersama Perdana Menteri Malaysia,Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Indonesia,Prabowo Subianto.
Kaukus Asean ABAC telah dilancarkan pada 2023 semasa Indonesia menjadi pengerusi Asean pada Sidang Kemuncak APEC San Francisco.
Kaukus Asean terdiri daripada tujuh negara anggota Asean iaitu Malaysia,Brunei,Indonesia Filipina,Singapura,Thailand dan Vietnam yang merupakan sebahagian daripada Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC).
Dialog ini turut disertai Pengerusi ABAC Malaysia,Datuk Ruben Emir Gnanalingam selaku moderator,pengerusi ABAC Indonesia,Anindya Novyan Bakrie dan Menteri Pelaburan,Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Aziz
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur