2024-11-15 HaiPress

Timbalan Ketua Pengarah MPC,Dr. Mohamad Norjayadi Tamam
KUALA LUMPUR,15 November- Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) akan melancarkan panduan pekeliling mengenai reformasi karenah birokrasi dalam Konvensyen Nasional Reformasi Perkhidmatan Awam 2024.
Timbalan Ketua Pengarah MPC,Dr. Mohamad Norjayadi Tamam,berkata ia akan menyediakan satu panduan kepada perkhidmatan awam dan kementerian untuk melaksanakan perubahan secara berstruktur dan terancang.
Beliau turut berkata masalah kefahaman merupakan cabaran utama dalam melaksanakan reformasi perkhidmatan awam.
"Pelaksanaan ataupun penyediaan pekeliling ini nanti sebenarnya dapat memastikan cabaran ini dapat diatasi untuk jangka masa panjang sebab cabarannya berkaitan juga dengan kefahaman ini akan mempengaruhi tingkah laku dan kefahaman sekiranya kita tidak dapat perbaiki,ia akan menyebabkan usaha ini tidakdapat diteruskan untuk satu tempoh masa yang lama,"katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita RTM selepas Program Selamat Pagi Malaysia.
Tambah beliau,MPC turut mengadakan pelbagai aktiviti seperti sesi 'townhall' dan Deklarasi Kuala Lumpur dalam persidangan kali ini.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur