2024-11-15 HaiPress

Charles Anthony Santiago / BERNAMA
KUALA LUMPUR,15 November- Kesedaran mengenai penjimatan kegunaan air akan terus diperkasa dalam kalangan masyarakat supaya pembaziran sumber itu dapat dikurangkan.
Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN),Charles Anthony Santiago berkata,kempen kesedaran itu perlu dilakukan kerana masyarakat menggunakan air melebihi had iaitu kira-kira 274 liter air sehari.
Iaitu melebihi saranan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) iaitu 165 liter air sehari.
"Memberi kesedaran kepada orang ramai supaya air digunakan secara bertanggungjawab.
"Jangan bazir air,itu yang penting. Sekarang apa yang kita buat ialah kita telah mula satu proses kesedaran kepada anak kecil di sekolah-sekolah," katanya.
Beliau berkata,kesedaran di peringkat sekolah bermula seawal usia tujuh tahun atau darjah satu.
"Beberapa tahun lalu,kita memberi kesedaran kepada orang ramai apabila dewasa supaya menggunakan air secara berhemah,tetapi tidak berkesan.
Beliau berkata demikian ketika Sesi Ramah Mesra SPAN bersama pengamal media di Bangsar,hari ini.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur