2024-11-15 HaiPress

FOTO RTM
AYER KEROH,15 November- Bagi memastikan pembangunan koridor infrastruktur utiliti lebih terancang,Kerajaan Negeri Melaka menubuhkan Koridor Utiliti Melaka (KUM).
Ketua Menteri,Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata,inisiatif bakal memberi impak positif dalam menyelaras sistem utiliti dan infrastruktur yang lebih tersusun dan bersistematik.
KUM akan melaksana sebahagian fungsi Bahagian Koridor Infrastruktur dan Impak Sosial (BKI) sedia ada sebagai ‘first entry point’ bagi permohonan Pelan Pemetaan Pengesanan Bawah Tanah (UDM).
Selain itu,KUM turut melaksana skop kerja baharu iaitu Rangkaian Fiber Optik Akses Terbuka,Tiang Gentian Optik Bersepadu dan Guna Sama dan Terowong Utiliti Bersepadu.
"Kerajaan negeri berhasrat dengan penubuhan KUM dapat melancarkan proses kerja yang melibatkan pengesanan bawah tanah dan pemetaan.
"Kerajaan negeri telahpun bersetuju empat konsesi yang telah menandatangani perjanjian akan terus terpelihara di mana kesemua konsesi ini akan diletakkan bawah KUM," katanya.
Tempoh perjanjian dipersetujui bagi cadangan ini adalah selama 10 tahun dan tambahan lima tahun untuk dipertimbangkan lanjutan kontrak.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyaksikan Majlis Menandatangani Perjanjian (MoA) Cadangan Penubuhan Koridor Utiliti Melaka oleh syarikat Koridor Utiliti Melaka Sdn Bhd di Seri Negeri,Ayer Keroh.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur