2024-11-15 HaiPress

Dr Mohd Uzir Mahidin
PUTRAJAYA,14 November- Permintaan tenaga buruh pada suku ketiga tahun ini mencatatkan bilangan tertinggi sejak kali terakhir direkodkan pada 2018,iaitu dengan penawaran sebanyak 9.01 juta jawatan,menurut Statistik Guna Tenaga Suku Tahun Ketiga 2024.
Ketua Perangkawan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata jumlah itu menunjukkan peningkatan berterusan jumlah jawatan sebanyak 1.2 peratus tahun ke tahun.
"Perkara ini selari dengan kadar pengangguran perlahan sebanyak 3.2 peratus seperti yang dilaporkan dalam Statistik Tenaga Buruh Suku Tahun Ketiga 2024.
"Statistik yang diterbitkan dalam laporan ini berdasarkan Survei Guna Tenaga yang dilaksanakan terhadap syarikat perniagaan berdaftar dalam sektor swasta,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata laporan itu turut menunjukkan bilangan jawatan diisi meningkat sebanyak 1.2 peratus dengan mencapai 8.82 juta jawatan berbanding 8.71 juta bagi tempoh sama pada 2023.
Mohd Uzir berkata trend peningkatan yang konsisten bagi bilangan jawatan diisi itu menggambarkan perkembangan yang berterusan dalam ekonomi semasa.
"Kestabilan ini juga digambarkan dengan pertumbuhan positif tahun ke tahun jawatan diisi bagi semua sektor ekonomi," katanya.
Memperincikan jawatan diisi,beliau berkata sektor pertanian mencatatkan pertumbuhan tertinggi pada kadar 1.8 peratus diikuti sektor perkhidmatan sebanyak 1.6 peratus dan sektor pembuatan sebanyak 1.0 peratus.
Beliau berkata sektor perkhidmatan mendahului dengan 4.65 juta jawatan diikuti sektor pembuatan sebanyak 2.38 juta jawatan dan sektor pembinaan sejumlah 1.24 juta jawatan.
Mengenai kekosongan jawatan yang ditawarkan,Mohd Uzir berkata terdapat 191,800 kekosongan jawatan ditawarkan dalam sektor ekonomi pada suku tahun ini,dengan peningkatan sebanyak 0.4 peratus berbanding 190,900 kekosongan jawatan pada suku tahun ketiga 2023.
Mohd Uzir berkata laporan itu juga menunjukkan Malaysia merekodkan 31,800 jawatan baharu untuk memenuhi permintaan yang semakin meningkat daripada pelbagai sektor ekonomi,namun menurun sedikit berbanding 32,000 kekosongan jawatan pada suku yang sama tahun lepas.
Beliau berkata terdapat peningkatan sebanyak 2.9 peratus dalam bilangan penduduk bekerja dengan kenaikan sebanyak 1.7 peratus tahun ke tahun dalam sektor perkhidmatan,dan menyifatkan situasi itu selari dengan perkembangan aktiviti ekonomi yang mendorong kepada momentum positif itu.
SOUEAST returns to Dubai Fashion Week as official automotive partner, redefining aesthetics of mobility
Pengaruh Thailand dengan berjuta-juta pengikut berpusu-pusu ke Gunung Emei untuk perkhidmatan kebudayaan dan pelancongan bertaraf antarabangsa, menjadikannya tarikan utama
Daripada Bon Perbendaharaan AS kepada Komoditi Fizikal: BullNus Cuba Membina Kitaran Tertutup Perniagaan RWA Berpacukan "Dunia Fizikal"
Pelindung dalam Pasaran Volatil: Kepentingan 'Copy Trading' Terjamin Modal Websea
RF RACER Brand Leverages Motorsport Heritage for Engineering Excellence
Paradigma Baharu untuk Laluan Pengundian: Daripada Pengagregatan Maklumat kepada Pengaset Konsensus, Penentuan Kedudukan dan Pelaksanaan Praktikal OracleX.
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur