2024-11-15 HaiPress

BANK NEGARA MALAYSIA
KUALA LUMPUR,14 November- Kadar jangka pendek antara bank ditutup stabil hari ini berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) yang menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.
Mudah tunai dalam sistem konvensional meningkat kepada RM31.80 bilion daripada RM29.59 bilion pada sesi pagi,manakala dana mudah tunai Islam menurun kepada RM18.60 bilion daripada RM18.89 bilion sebelumnya.
Awal hari ini,bank pusat itu menawarkan tiga tender repo berbalik dan satu tender repo berbalik Islam.
BNM turut mengumumkan ketersediaan repo berbalik,perjanjian jualan dan beli semula serta kemudahan komoditi murabahah bercagar bagi tempoh satu minggu,satu bulan dan tiga bulan.
Pada 4.00 petang,BNM menawarkan tender pasaran kewangan konvensional berni;ai RM31.80 bilion dan tender pasaran kewangan murabahah bernilai RM18.60 bilion,kedua-duanya bagi tempoh matang satu hari.
Kadar semalaman Islam Malaysia (MYOR-i) kekal 3.00 peratus pada 13 November. -BERNAMA
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur