2024-11-15 HaiPress

FOTO HIASAN
KUALA LUMPUR,14 November- Ringgit,di samping mata wang pesat membangun yang lain,terus ditutup rendah berbanding dolar AS pada Khamis berikutan ketidaktentuan dasar Trump 2.0 dan kesannya terhadap dasar monetari Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (AS),kata seorang ahli ekonomi.
Pada 6 petang,mata wang tempatan itu susut kepada 4.4840/4870 berbanding dolar AS 4.4450/4495 ketika ditutup pada Rabu.
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata "semuanya bergantung kepada keputusan kadar faedah AS,iaitu sama ada Fed akan terus menurunkan kadar pada 2025,mengekalkan atau menaikkannya".
"Ini bergantung juga sama ada dasar AS akan menyebabkan inflasi,yang memberikan peluang kepada Fed untuk mengetatkan pendirian monetari. Justeru,ia akan menjadikan dolar AS semakin kukuh,namun,ini menjadikan mata wang pasaran sedang pesat membangun lebih lemah,termasuk ringgit," katanya kepada Bernama.
Pada penutup dagangan,ringgit diniagakan kebanyakannya rendah berbanding kumpulan mata wang utama.
Ia susut berbanding pound Britain kepada 5.6750/6787 daripada 5.6678/6736 ketika ditutup pada Rabu,dan turun berbanding yen Jepun kepada 2.8720/8741 daripada 2.8692/8723,namun naik berbanding euro kepada 4.7172/7203 daripada 4.7241/7289.
Ringgit juga diniagakan kebanyakannya rendah berbanding mata wang negara ASEAN.
Ia naik berbanding baht Thai kepada 12.7706/7838 daripada 12.8235/8416 ketika ditutup semalam,susut berbanding dolar Singapura kepada 3.3284/3309 daripada 3.3244/3280,merosot berbanding peso Filipina kepada 7.63/7.63 daripada 7.57/7.58 dan turun berbanding rupiah Indonesia kepada 282.6/282.9 daripada 281.5/282.0. -BERNAMA
Prasarana bina generasi tenaga mahir pengangkutan awam melalui Program T-GEAR
Isu rumah ibadat perlu ditangani harmoni – KPN
Pendekatan damai mencerminkan kematangan rakyat Malaysia tangani perbezaan
Kos haji kekal: Beri peluang umat Islam tunai haji serta rancang kewangan
ABU DBS 2026 kembali, himpun penggiat industri penyiaran 30 Mac-2 April
PETRA perkukuh kesiapsiagaan banjir menjelang Aidilfitri
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur