2024-11-17 HaiPress

Foto IPD Seri Alam
JOHOR BAHRU,17 November-Sepasang suami isteri meninggal dunia selepas motosikal dinaiki mereka dirempuh sebuah kereta yang dipandu lelaki mabuk dalam kejadian di Jalan Besar-Jalan Masjid,Pasir Gudang,Johor Bahru,semalam.
Ketua Polis Daerah Seri Alam,Superintenden Mohd Sohaimi Ishak berkata kedua-dua mangsa,masing-masing berusia 37 dan 35 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.
"Ketika kejadian,kedua-dua mangsa dirempuh dari arah Jalan Besar menghala Lebuhraya Pasir Gudang.
"Pemandu kereta berusia 34 tahun itu dilaporkan telah melanggar isyarat lampu merah sebelum melanggar motosikal mangsa yang dari arah Jalan Masjid ke Lebuhraya Pasir Gudang.
"Pemeriksaan awal mendapati suspek di bawah pengaruh alkohol,melebihi paras ditetapkan," katanya menerusi kenyataan.
Kes disiasat mengikut seksyen 44(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur