2024-11-17 HaiPress

Foto RTM
TANJUNG DAWAI,17 November- Tahap kesedaran orang ramai ketika berkunjung ke kawasan rekreasi untuk beriadah,masih rendah.
Perkara itu dibuktikan melalui kutipan hampir 1 tan metrik sisa plastik,kebanyakannya adalah botol plastik dan polisterin bekas makanan di kawasan persisiran Pantai Rhu di Tanjung Dawai,Kedah.
Jumlah itu hasil aktiviti kutip sampah sambil riadah (KUDAH) menerusi Program Jalinan Kerjasama Pembersihan Pantai antara Kolej Tentera Udara,Alor Setar dan Jabatan Alam Sekitar (JAS) Kedah.
Pengarah JAS Kedah,Sharifah Zakiah Syed Sahab berkata program bertujuan untuk meningkatkan kesedaran tentang bahaya pencemaran plastik terhadap kesihatan manusia dan kepentingan untuk menjaga kebersihan pantai yang indah dalam usaha menyemai gaya hidup lestari.
Taklimat program pembersihan pantai serta larangan pembakaran terbuka juga telah disampaikan kepada para peserta dan orang ramai.
Beliau berkata semua pihak mempunyai tanggungjawab moral untuk melindungi alam sekitar serta menjaga kesihatan dan kesejahteraan generasi masa depan.
"Dengan meningkatkan kesedaran,menyokong perubahan dan mengamalkan gaya hidup yang lestari,semua pihak boleh bekerjasama untuk memerangi krisis pencemaran plastik dan aktiviti pembakaran terbuka dan mencipta dunia yang lebih bersih dan sihat untuk semua," kata Sharifah Zakiah.
Katanya,aktiviti itu selaras tema jabatan iaitu "Alam Sekitar Tanggungjawab Bersama",program kerjasama strategik yang sangat bertepatan dalam meningkatkan kelestarian alam khususnya di kawasan pantai.
"Saya berharap program seumpama ini dapat memberikan kesedaran kepada masyarakat setempat mengenai pentingnya pengurusan sampah yang teratur," tambahnya.
Program tersebut disertai seramai 200 orang sukarelawan dari Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM),Kolej Tentera Udara (KTU) Alor Setar,Badan Kebajikan Keluarga Angkatan Tentera (BAKAT) dan pegawai-pegawai JAS Kedah.
Empat langkah tangani krisis air sawah Perak Tengah
KPT sokong inisiatif MAHSA, Micro-Credential jadi pemangkin ‘upskilling’
AS digesa tarik balik tekanan terhadap Malaysia
Peruntukan pertahanan meningkat 35 peratus, tertinggi dalam sejarah
Karnival Masjid Negara 2026 perkasa masjid sebagai pusat komuniti
SK Bukit Pantai terima blok baharu ganti bangunan rosak akibat anai-anai
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur