2024-11-17 HaiPress

Foto RTM
KOTA BHARU,17 November- Radio nombor satu masyarakat di Kelantan iaitu KELANTANfm,terus mencipta sejarah tersendiri apabila berjaya memperoleh dua juta tanda suka di aplikasi siaran langsung TikTok radio itu.
Pencapaian itu lebih berharga apabila ia diperoleh pada hari ulang tahun KELANTANfm ke-61 tahun sekali gus menjayakan cabaran cukur kepala penyampai tersohor radio itu Muhammad Amir Akram Muhammad atau DJ KID.
PengarahRTMKelantan,Shaheezam Said berkata cabaran cukur kepala DJ KID setelah mendapat dua juta tanda suka di siaran langsung TikTok itu adalah julung kali diadakan di KELANTANfm.
"Kita hargai dia punyai sumbangan. Dia mengorbankan rambut sebab dia dinobat sebagai DJ terbaik,baru-baru ini. Dia sanggup menyahut cabaran tersebut sempena ulang tahun KELANTANfm ke-61 membotakkan kelapa dia jika kita capai dua juta tanda suka di siaran langsung TikTok," kata Shaheezam kepada pemberita,hari ini.
Beliau berkata demikian selepas cabaran cukur kepala DJ KID di RTM Kelantan Wakaf Che Yeh.
Sementara itu,bagi DJ KID sejarah membotakkan kepala ini adalah menisfetasi dan rasa cinta beliau kepada KELANTANfm setelah beliau mencipta sejarah tersendiri mendapat Anugerah Penyampai Radio paling Popular pada Anugerah Seri Angkasa (ASA) bulan lalu.
"Kepada penonton pendengar KELANTANfm,saya ucapkan jutaan terima kasih kerana sudi merealisasikan impian saya untuk letak rambut saya ditanah KELANTANfm sempena hari ulang tahun ke-61 2024. Terima kasih banyak," kata DJ KID.
Prasarana bina generasi tenaga mahir pengangkutan awam melalui Program T-GEAR
Isu rumah ibadat perlu ditangani harmoni – KPN
Pendekatan damai mencerminkan kematangan rakyat Malaysia tangani perbezaan
Kos haji kekal: Beri peluang umat Islam tunai haji serta rancang kewangan
ABU DBS 2026 kembali, himpun penggiat industri penyiaran 30 Mac-2 April
PETRA perkukuh kesiapsiagaan banjir menjelang Aidilfitri
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur