2024-11-17 HaiPress

Menteri Pembangunan Wanita,Keluarga dan Masyarakat,Datuk Seri Nancy Shukri/ Foto KPWKM
LUNDU,17 November- Kementerian Pembangunan Wanita,Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) menyeru semua kementerian,agensi dan kerajaan negeri untuk bersama-sama menjayakan inisiatif menjadikan bulan November sebagai Bulan Keluarga Kebangsaan.
Menterinya,Datuk Seri Nancy Shukri,berkata pelaksanaan aktiviti Hari Keluarga di setiap kementerian dan agensi kerajaan perlu dijadikan acara tahunan wajib,khususnya sepanjang bulan November.
"Setakat ini,tiga kementerian telah melaksanakan program Hari Keluarga masing-masing,iaitu Kementerian Pengangkutan,Kementerian Kerja Raya,dan Kementerian Ekonomi," katanya.
Bagi sektor swasta,badan bukan kerajaan (NGO) dan komuniti pula,beliau menggalakkan pelaksanaan program kesejahteraan keluarga mengikut kapasiti masing-masing.
Beliau berkata demikian ketika merasmikan Kem KASIH Keluarga dan Sambutan Bulan Keluarga Kebangsaan Peringkat Negeri Sarawak di Lundu.
Datuk Seri Nancy turut menyatakan bahawa institusi keluarga kini berhadapan pelbagai cabaran yang memberi kesan kepada kehidupan seharian.
"Cabaran ini termasuk menjaga kesihatan dan kesejahteraan keluarga,mengimbangi kerjaya dan masa bersama keluarga,serta memenuhi keperluan ekonomi," katanya.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur