2024-11-17 HaiPress

Foto RTM
JOHOR BAHRU,17 November- Kerajaan Malaysia tidak akan mengubah peta negara,berhubung isu peta Filipina yang melanggar sempadan maritim Sabah.
Menteri Pertahanan,Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata,isu tersebut akan diselesaikan menerusi perbincangan diplomatik bersama Filipina.
Ketika ini,rondaan bersepadu Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan Maritim Malaysia,serta Maritime Domain Awareness (MDA) akan terus dijalankan bagi melindungi sempadan negara.
"Peta kita (Malaysia) tetap peta kita,yang tak ubah kita,yang ubah mereka (Filipina),daripada semasa ke semasa,mereka ubah,sempadan peta dia,dah termasuk kawasan peta kita.
"Jadi kita tiada nak ubah peta,bila kita nak ubah peta bila kita kata kawasan orang lain kita nak masukkan," katanya semasa Majlis Penyerahan Zakat Wakalah Boustead Petroleum Marketing (BHP) di Masai di sini.
Tegas beliau,isu sempadan maritim itu bukan satu bentuk serangan terhadap negara,sebaliknya adalah tuntutan bertindih antara Filipina dan Malaysia.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur