2024-11-17 HaiPress

FOTO HIASAN
KUALA LUMPUR,16 November- Urus niaga ringgit dijangka dalam julat lebih kecil pada minggu depan susulan aliran kenaikan dolar Amerika Syarikat (AS),di tengah-tengah unjuran pengurangan kadar faedah di negara maju itu.
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata ringgit dijangka bergerak pada paras 4.45 hingga 4.46 berbanding dolar AS minggu depan ketika pelabur terus berhati-hati terhadap prospek ekonomi global.
“Pasaran mata wang akan terus diselubungi sentimen berhati-hati ketika ketidaktentuan membabitkan dasar ekonomi AS terus ketara,” katanya kepada Bernama.
Di peringkat tempatan,Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour berkata ringgit mengukuh sebanyak 14.9 peratus berbanding dolar AS dalam suku ketiga 2024 dan seterusnya 3.1 peratus setakat 13 November lepas.
Bercakap pada pada sidang media mengumumkan keluaran dalam negara kasar (KDNK) Suku Ketiga 2024 di sini,hari ini,beliau berkata prestasi ringgit pada suku ketiga didorong terutamanya oleh peralihan Rizab Persekutuan AS (Fed) ke arah pelonggaran dasar monetari,termasuk penurunan kadar dana persekutuan sebanyak 75 mata asas pada September dan November.
Pada masa sama,BNM juga mengumumkan ekonomi Malaysia berkembang sebanyak 5.3 peratus pada suku ketiga 2024,didorong oleh aktiviti pelaburan yang kukuh dan peningkatan eksport yang berterusan.
Bagi minggu yang baru berakhir,ringgit diniagakan kebanyakannya rendah berbanding dolar AS dalam persekitaran peningkatan momentum susulan pemulihan sentimen terhadap mata wang negara maju berkenaan.
Dari segi perbandingan Jumaat hingga Jumaat pula menunjukkan prestasi ringgit yang susut nilai berbanding dolar AS kepada 4.4715/4780 daripada 4.3800/3850,seminggu lepas.
Dalam pada itu,ringgit juga diniagakan kebanyakannya rendah berbanding mata wang utama lain.
Ini termasuk susut berbanding euro pada paras 4.7224/7292 berbanding 4.7212/7266 seminggu lepas dan rendah berbanding yen Jepun kepada 2.8774/8818 daripada 2.8763/8798.
Ringgit bagaimanapun mengukuh berbanding pound Britain kepada 5.6573/6656 daripada 5.6765/6830 sebelum ini.
Berbanding mata wang ASEAN,ringgit diniagakan kebanyakannya rendah termasuk turun berbanding peso Filipina kepada 7.61/7.63 daripada 7.51/7.53 pada akhir minggu lepas,susut berbanding dolar Singapura kepada 3.3330/3381 daripada 3.3149/3190 pada Jumaat lepas.
Ringgit juga rendah berbanding rupiah Indonesia kepada 281.6/282.2 daripada 279.4/279.9,namun mengukuh berbanding baht Thailand kepada 12.8307/8541 daripada 12.8710/8925,sebelum ini.-BERNAMA
SOUEAST returns to Dubai Fashion Week as official automotive partner, redefining aesthetics of mobility
Pengaruh Thailand dengan berjuta-juta pengikut berpusu-pusu ke Gunung Emei untuk perkhidmatan kebudayaan dan pelancongan bertaraf antarabangsa, menjadikannya tarikan utama
Daripada Bon Perbendaharaan AS kepada Komoditi Fizikal: BullNus Cuba Membina Kitaran Tertutup Perniagaan RWA Berpacukan "Dunia Fizikal"
Pelindung dalam Pasaran Volatil: Kepentingan 'Copy Trading' Terjamin Modal Websea
RF RACER Brand Leverages Motorsport Heritage for Engineering Excellence
Paradigma Baharu untuk Laluan Pengundian: Daripada Pengagregatan Maklumat kepada Pengaset Konsensus, Penentuan Kedudukan dan Pelaksanaan Praktikal OracleX.
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur