2024-11-17 HaiPress

FOTO HIASAN
KUALA LUMPUR,16 November- Persatuan Pengeluar Sarung Tangan Getah Malaysia (MARGMA) menjangkakan pasaran getah diniagakan secara positif minggu depan,berikutan kelewatan dalam pelaksanaan Peraturan Penebangan Hutan Kesatuan Eropah (EUDR).
Penangguhan EUDR dijangka memberikan ruang kelegaan kepada pasaran kerana ia melenyapkan ketidakpastian permintaan yang ketara.
"Selain itu,keadaan cuaca buruk di kawasan pengeluar getah utama seperti Thailand,boleh mengganggu bekalan dan harga sokongan pada minggu akan datang," kata MARGMA kepada Bernama.
Pakar industri Denis Low turut berkongsi pendapat yang sama,beliau berkata aktiviti penyimpanan semula akan membantu mengekalkan keseimbangan antara harga dan permintaan
Permintaan mungkin akan bersifat berkala,lebih didorong oleh trend penambahan berbanding lonjakan jumlah penggunaan disebabkan oleh cuaca hujan di negara pengeluar getah serta ketidaktentuan ekonomi yang berterusan.
"China dan Kesatuan Eropah akan meneruskan perbincangan teknikal mereka minggu ini,mencari alternatif kepada tarif tambahan ke atas kenderaan elektrik berikutan perbincangan baru-baru ini di Beijing. Ini boleh membawa kepada pendekatan serta kerjasama yang lebih baik kepada perdagangan getah," jelas Low.
"Memandangkan getah merupakan komoditi kritikal bagi sektor automotif,ia mungkin menghadapi ketidaktentuan jika tarif dikenakan secara tidak saksama," katanya kepada Bernama.
Sekarang ini,dengan kelembapan ekonomi global,penggunaan getah dilihat semakin berkurangan,sekali gus menjejaskan harga tempatan.
Dari Jumaat ke Jumaat,harga rujukan Lembaga Getah Malaysia bagi SMR 20 menurun sebanyak 5.1 peratus kepada 848.50 sen sekilogram,manakala lateks pukal naik 0.5 sen kepada 677.50 sen sekilogram.
Pada 5 petang,SMR 20 berada pada 857.50 sen sekilogram,manakala lateks pukal pada 680.50 sen sekilogram.-BERNAMA
SOUEAST returns to Dubai Fashion Week as official automotive partner, redefining aesthetics of mobility
Pengaruh Thailand dengan berjuta-juta pengikut berpusu-pusu ke Gunung Emei untuk perkhidmatan kebudayaan dan pelancongan bertaraf antarabangsa, menjadikannya tarikan utama
Daripada Bon Perbendaharaan AS kepada Komoditi Fizikal: BullNus Cuba Membina Kitaran Tertutup Perniagaan RWA Berpacukan "Dunia Fizikal"
Pelindung dalam Pasaran Volatil: Kepentingan 'Copy Trading' Terjamin Modal Websea
RF RACER Brand Leverages Motorsport Heritage for Engineering Excellence
Paradigma Baharu untuk Laluan Pengundian: Daripada Pengagregatan Maklumat kepada Pengaset Konsensus, Penentuan Kedudukan dan Pelaksanaan Praktikal OracleX.
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur