2024-11-17 HaiPress

Kadar jangka pendek antara bank ditutup stabil hari ini berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) yang menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan / Foto Hiasan
KUALA LUMPUR,15 November - Kadar jangka pendek antara bank ditutup stabil hari ini berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) yang menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.
Mudah tunai sistem konvensional meningkat kepada RM33.40 bilion daripada RM33.07 pada sesi pagi,manakala mudah tunai dana Islam melonjak kepada RM20 bilion daripada RM18.57 bilion sebelumnya.
Awal hari ini,bank pusat itu menawarkan tiga tender repo berbalik dan satu tender repo berbalik.
BNM turut mengumumkan ketersediaan repo berbalik,perjanjian jualan dan beli semula serta kemudahan komoditi murabahah bercagar bagi tempoh satu minggu,satu bulan dan tiga bulan.
Bank pusat itu turut menyemak semula tender semalaman murabahah daripada RM19.1 bilion kepada RM20 bilion.
Pada pukul 4 petang,BNM menawarkan tender pasaran kewangan konvensional bernilai RM33.40 bilion dan tender pasaran kewangan murabahah bernilai RM20 bilion,kedua-duanya bagi tempoh matang tiga hari.
Kadar semalaman Islam Malaysia (MYOR-i) kekal 3.00 peratus pada 14 Nov.-BERNAMA
Empat langkah tangani krisis air sawah Perak Tengah
KPT sokong inisiatif MAHSA, Micro-Credential jadi pemangkin ‘upskilling’
AS digesa tarik balik tekanan terhadap Malaysia
Peruntukan pertahanan meningkat 35 peratus, tertinggi dalam sejarah
Karnival Masjid Negara 2026 perkasa masjid sebagai pusat komuniti
SK Bukit Pantai terima blok baharu ganti bangunan rosak akibat anai-anai
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur