2024-11-18 HaiPress

M. Kulasegaran
KUALA LUMPUR,18 November- Pegawai polis diberi kuasa untuk menyita wang yang disyaki terlibat dalam kegiatan jenayah berdasarkan pindaan kepada Akta 574 dan Akta 593.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) M. Kulasegaran berkata pindaan berkenaan merangkumi kesalahan jenayah dalam talian termasuk penggunaan akaun keldaiatau 'money mule'.
"Pindaan kepada Akta 593 telah memasukkan peruntukan baharu bawah Seksyen 116D yang memberi kuasa kepada pegawai polis berpangkat tidak kurang daripada Sarjan untuk menyita atau melarang urusan wang yang dipegang dan disyaki terlibat dalam apa-apa instrumen pembayaran atau akaun di institusi kewangan,serta peruntukan berkaitan," katanya di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Kepong Lim Lip Eng mengenai langkah kerajaan dalam memperkenalkan undang-undang yang membolehkan polis atau bank menyekat sementara urus niaga perbankan individu yang menjadi sasaran penipuan.
Pusat Respons Penipuan Kebangsaan (NSRC) merekodkan 131,036 jumlah panggilan aduan daripada orang ramai sepanjang Oktober 2022 hingga September lalu.
Daripada jumlah itu,52,836 merangkumi panggilan mangsa penipuan dengan jumlah kerugian dilaporkan RM302.1 juta selain 103,557 akaun bank dikesan sebagai akaun keldai.
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur