2024-11-18 HaiPress

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama),Datuk Dr. Mohd Naim Mokhtar
KUALA LUMPUR,18 November – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah menyusun lima langkah efektif bagi menangani isu yang melibatkan GISBH Holdings Sdn Bhd (GISBH).
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama),Datuk Dr. Mohd Naim Mokhtar,berkata langkah itu membabitkan kerjasama pelbagai pihak,termasuk Kementerian Pembangunan Wanita,Keluarga dan Masyarakat (KPWKM),Kementerian Dalam Negeri (KDN),dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).
"Antara langkah yang diambil ialah mengadakan pembentangan kajian dan penyelarasan fatwa di peringkat negeri,Penguatkuasaan dan pendakwaan di bawah perundangan syariah negeri-negeri,mengadakan program pemulihan akidah secara holistik kepada ahli GISBH.
"Selain itu,menjalankan pemantauan berterusan secara bersepadu dan mengadakan program penjelasan fatwa GISBH kepada masyarakat,” katanya ketika menjawab soalan Ahli Parlimen Kangar,Zakri Hassan,dalam sesi Dewan Rakyat,hari ini.
Katanya,JAKIM akan terus memberi tumpuan kepada usaha memperkukuhkan akidah umat Islam termasuk ahli GISBH sebagai langkah menangani isu berkaitan kumpulan tersebut.
Tambah beliau,usaha ini dilakukan melalui pembudayaan ilmu dan pentarbiahan komprehensif dengan kerjasama Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) dan Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN).
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur