2024-11-18 HaiPress

Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak,Datuk Seri Julaihi Narawi
KUCHING,18 November – Sebanyak 4,027 menara telekomunikasi atau 87.9 peratus daripada jumlah keseluruhan 4,581 menara di Sarawak kini telah beroperasi,termasuk struktur telekomunikasi di atas bangunan.
Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak,Datuk Seri Julaihi Narawi berkata,12 peratus lagi dijangka mula beroperasi secara berperingkat menjelang hujung tahun 2025.
Katanya,liputan internet di negeri ini turut menunjukkan peningkatan kepada 84.8 peratus berbanding 80.9 peratus seperti yang dilaporkan pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) sebelum ini.
Dalam sesi penggulungan kementeriannya,Julaihi memaklumkan bahawa di bawah Pelan JENDELA Fasa 1,sebanyak 876 daripada 901 menara telah siap dibina,dengan 481 daripadanya sudah beroperasi.
Katanya,Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sedang mempertimbangkan penggunaan teknologi bersesuaian seperti satelit STARLINK dan Fixed Wireless Access (FWA) berdasarkan kepadatan penduduk dan keadaan geografi kawasan sasaran.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur