2024-11-18 HaiPress

Marhizan Johari berbaju biru mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret/Foto BERNAMA
BUKIT MERTAJAM,18 November - Seorang pemandu treler mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan memandu secara berbahaya sehingga menyebabkan kematian seorang wanita,minggu lepas.
Marhizan Johari,51,membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Mohd Harith Mohd Mazlan.
Mengikut kertas pertuduhan,Marhizan sebagai pemandu treler jenis Volvo telah memandu dengan cara berbahaya kepada orang awam sehingga menyebabkan kematian seorang pemandu wanita,Lee Zi Rou,21,di Jalan Kebun Sireh di sini,pada 9.30 pagi,13 Nov lepas.
Dia dituduh mengikutSeksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang daripada lima tahun dan tidak lebih daripada 10 tahun dan denda tidak kurang daripada RM20,000 dan tidak lebih daripada RM50,000,jika sabit kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya Zulfadzly Hassan tidak menawarkan jaminan terhadap Marhizanmengambil kira kepentingan awam memandangkan kes berkenaan mendapat liputan meluas terutamanya menerusi media sosial.
"Selain itu,tertuduh juga tidak menunjukkan sebarang rasa bersalah dan penyesalan apabila menunjukkan isyarat 'peace' ke arah petugas media yang mengambil gambarnya (ketika permohonan reman)," katanya.
Mahkamah kemudian tidak membenarkan tertuduh yang tidak diwakili peguam diikat jamin dan menetapkan 24 Jan depanbagi penyerahan laporan kimia,bedah siasat sertalaporan PusatKenderaan Berkomputer (Puspakom).
Terdahulu,Bernama melaporkan seorang wanita maut manakala seorang lelaki cedera parah selepas kereta dipandu mereka dihempap kontena yang terjatuh daritreler dalam kemalangan membabitkan lima kenderaan di Jalan Bukit Tengah,13 Nov lepas.
Mangsa yang maut,memandu kereta Perodua Bezza manakala Tan Chou Theng,25,yang cedera parah merupakan pemandu Honda Jazz. - BERNAMA
iCAUR Melakukan Kemasukan Strategik ke Asia Tengah: Mengumumkan Pelancaran Global V27 di UAE
Hefei Spring Festival Gala Sub-Venue: Understanding the City's “Union” Through Four Moments of Palms Meeting
Websea Lancar Seni Bina "Double Pool" Insurans Kontrak: Memulakan Era Baharu Pengurusan Risiko Terperinci
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Websea Naik Taraf Insurans Kontrak: Jaminan Menyeluruh Terhadap Risiko Dagangan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur