2024-11-18 HaiPress

Bekas ahli GISBH yang tampil secara sukarela untuk pemulihan akidah di Johor dibantu dengan saraan bulanan dan kebajikan keluarga terjamin /Foto RTM
ISKANDAR PUTERI,18 November - Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) mula melaksanakan proses pemulihan akidah kepada bekas ahli GISB Holdings Sdn. Bhd (GISBH) di negeri itu yang tampil secara sukarela.
Exco Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor Mohd Fared Mohd Khalid berkata antara fokus pemulihan itu termasuk asas akidah yang membawa kembali bekas ahli kepada ajaran sebenar iaitu Ahli Sunnah Wal Jamaah.
"Kita terbuka menerima kehadiran bekas ahli secara sukarela dan masih dalam proses menjemput mereka menyertai sesi yang telah diatur," katanya pada Majlis Pembayaran Zakat dan Pembiayaan Bantuan Zakat MAINJ,di sini.
Beliau juga memberi jaminan bekas ahli kumpulan itu akan dibantu dengan saraan bulanan dan kebajikan ahli keluarga termasuk keperluan persekolahan sepanjang mengikuti proses pemulihan.
Sementara itu,tindakan perundangan juga sedang diambil dan bahan-bahan termasuk buku yang dirampas dikaji bagi pendakwaan ahli GISBH di mahkamah.
Dalam perkembangan berkaitan,MAINJ akan mengeluarkan fatwa berkaitan GISBH dalam tempoh sebulan selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail.
Fatwa itu susulan keputusan Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam (MKI) yang memutuskan bahawa ajaran dan pegangan GISBH adalah sesat dan menyeleweng.
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur