2024-11-18 HaiPress

FOTO BERNAMA
KOTA BHARU,17 November- Sumber minyak mentah dan gas di Semenanjung berkurangan 50 peratus dalam tempoh 10 tahun ini.
Menteri Ekonomi Rafizi Ramli berkata sumber berkenaan yang sebelum ini memberi kelebihan kepada pertumbuhan ekonomi negara dan agihan pendapatan,kini banyak terdapat di Sabah dan Sarawak.
Ia berikutan penemuan baharu sumber minyak dan gas hanya terdapat di kedua-dua negeri itu,bukannya di Semenanjung.
"Memang kita ketahui bahawa sumber minyak dan gas di Semenanjung semakin berkurangan dengan jumlah pengeluaran minyak kita ialah 700,000 tong sehari sebelum ini,dan sekarang dalam 350,000 tong sehari.
"Jadi,sebab itu negara perlu melalui proses peralihan tenaga dengan segera dan dalam konteks itu juga kita kena mengambil kira beberapa dasar yang perlu dilaksana oleh Kerajaan termasuklah soal penyasaran semula subsidi."
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas Sesi Libat Urus Rancangan Malaysia Ke-13,(RMK13) Kementerian Ekonomi bersama Kerajaan Negeri Kelantan di Kompleks Darulnaim.
Rafizi berkata sumber minyak dan gas yang terdapat di Sabah dan Sarawak digunakan bagi memenuhi tuntutan dan penggunaannya di kedua-dua negeri berkenaan.
"Kekurangan sumber minyak dan gas di Semenanjung menjadi cabaran besar bagi Kerajaan dalam soal mengagihkan dan menentukan peruntukan ke negeri-negeri," katanya.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur